top of page

Sarawak Heatlh Road Challenge telah kembali!

Atas sambutan hangat pada tahun lalu (2013) daripada komuniti berbasikal di Sarawak amnya dan Kuching khasnya, Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Kuching dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak teruja untuk meneruskan penganjurkan perlumbaan ini untuk kali ke-3!

Berobjektifkan ingin melihat masyarakat sihat melalui aktiviti berbasikal, dan menggalakkan persaingan secara sihat dalam perlumbaan basikal antara individu dan kelab-kelab yang ada, perlumbaan ini diadakan untuk memberi peluang dan ruang kepada bakat-bakat muda untuk menunjukkan kebolehan mereka, dan memberi kesinambungan kepada penunggang sedia ada untuk mengekalkan prestasi dan stamina kesihatan mereka.

Ayuh rakan berbasikal semua,

Sertai kami untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang berbeza daripada tahun yang lepas, dan hadiah wang tunai untuk kemenangan para juara!

Ride.To.Live! dan selamat berkayuh!

bottom of page